hello guys!! now 20/8/2020 iam still alive
BTW kanser aku dah takde. doakan aku sentiasa ye semuaa semoga aku tidak sakit lagi sentiasa bahagia bersama semua yang aku sayang. Tahun ini mungkin aku bakal menjadi tunangan orang. dia menyayangi ku seadaanya, menerimaku seadaanya. aku pula semakin hari semakin tahun makin aktif. Tapi keluarga dia... Nak tahu baca sampai habis okey.
Permulaan aku dengan dia
Aku mula-mula dmasukkn ke hospital serdang dia terkejut sgt, very caring. selalu tnya keadaan. then dipendekkn cerita sewaktu aku sedang cicle ke 2 kimoterapi dia memberi ayat clue " kalau nak bagi hati dekat kau boleh?" kau terima tak. seolah oleh macam tu lah ayatnya. dan kita faham lah yang orang tu nak couple dengan kita. aku macam "eh dia ni tak nampak ke aku tengah sakit ni". aku cakap kat diaa. dia kata boleh ws ni kan? maksudnya sihat lah ni. aku tak faham kenapa dia ni sebenarnya sdgkn aku teruk sangat muka lesuu(muka orang sakit), hitam(sebab kimo), then kurus kering dsbbkn kimoterapi. tapi still want to approach me.
Then aku pun tak terima. aku selidik dia. tengok dia. aku mula2 mesej dia aku memang takde hati. takde perasaan. then bila dia cakap macam tu adalah macam tersuka skit. then kali ke 2 aku pun terima dia. aku fikir mungkin esok putuslah sbb aku pernah couple zaman sekolah tapi esok putuslah HAHAHA pastu dengan dia ni tak putus2, then seminggu pun tak putus sebulan pun tak maka sehingga kini hubungan kami. dia pandai berbincang kalau bergaduh. kalau aku pula perangai kalau gaduh block sebab aku sebenarnya tak suka marah2. aku nak redakan dulu baru boleh bincang. dia pula akan kol aku usaha sampai dapat cakap.b tehn akhirnya aku akan maafkan dia. aku akan ungkit jika ada kaitan apa2 selepas itu. tu senjata aku buat dia sedar sebab dia kurang fhm mesej yg dismpaikan tanpa kata2. bab kata lelaki ni kena cakap jangan bagi isyarat sebab dia taakan faham okey HAHAHA. aku tergolong dapat lelaki mcm tu. huhu
Then sekarang dah tahun ke 4 hubungan kami. antara tips nak hubungan kekal is sebelum hbs kol atau sblm tidur mesti sebut " Semoga hubungan kita kekal setia hingga akhir hayat ameen" he recited that doa. so start lah dia kata nak bertunang tahun ni bulan 11. tapi sebab PKP Covid19 tertunda lah sgla hasrat. then skrg PKPP . my brother nak kawin. aku cakap kt dia boleh lah nak dtg tp merisik je sy taknak bertunang (takut guys). maka bermula lah bgthu kedua dua family. Family aku ok je sbb dah pernah jumpa beberapa kali. aku jumpakan mereka. yang si dia pula aku tak pernah jumpa family sia dia. just si dia ada ceritakan sedikit hal penyakitku. family si dia ok aje . tapi mungkin merasakan si dia tak serius.
kemudian. si dia bercakap soal merisik kepada ibu dan ayahnya. ibu dan ayahnya orang beragama tdg labuh ayahnya ustaz. ibunya kata "nak merisik maksudnya dah serius ni" ibunya garang tau guys haha. ya dah serius takkan main2 anak pakcik makcik bg harapan ckp manis2 mcm2 haih(dlm hati lah). biasalah org bercinta. then ibu dia kata sakit dia dah okey ke. ayah dia mula mengeluarkan hukum " haram berkahwin dengan orang sakit". yup sentap but aku tahu aku pernah dengar masa khusus kawin(aku dah khusus kawin kuis wajibkan pelajar dia masa sem 5 ambil khusus kawin dekat kuis). bila cerita dekat family dyeorg kata mana ada hukum tu. btw family aku kebanyakan sekolah agama , aliran agama, pekerjaan guru agama. aku pun cerita aku tahu pasal hukum tu sebab aku fokus bab tu masa khusus kawin. tp mungkin aku tak jatuh haram.
then kali kedua tanya, mak dia cakap "kalau ibu tak restu macam mana?" ofkos terdiam si dia terkejut jwpn si ibu. sedih dia kata. kaku. ibu dia kata macam ni awk buat dulu istikarah. minta petunjuk dari Allah. Then aku cakap kat dia "saya tak boleh cakap apa-apa sebab saya tak layak cakap apa-apa". sebab kuat mak dia mcm tak restu is aku sakit. aku dah reda sbb tak mudah family dia nak terima aku seadanya. aku fhm. bukan ku minta ujian ini hadiah dari tuhan. takpe aku sudah reda. huhu sebab Allah ada perancangan yang terhebat untuk aku. aku percaya . Aku bertawakal kepadaMu Ya Allah.
Then, kali ketiga tanya. aku cakap ini kali terakhir dia tanya ibu dia. sebab ibu dia garang bkn mcm mak2 kita tanya bila2 masa brp kali pon takpe. ibu dia salah tmpt slh timing, mood swing hbslah kau. haha .. so mak dia cakap ibu ok je ikut awk lah. takpayah merisik lah bertunang je terus. so dia pun cerita kat aku. aku pal mcm terkejut gak. BTW before tanya mak dia tu 3 hari berturut turut kteorg buat istikarah sama sama. minta sungguh2 petunjuk dengan Allah jika dia benar untukku dekatkanlah, permudahkanlah, jika dia bukan jodohku jauhkan . One day dia tgh zikir dlm bilik dia dlm gelap sbb dia suka solat mlm dlm gelap buka pintu sikit je. ibu dia masuk nak tutup ekon sbb hujan plus petir then mak dia terkejut nmpak dia termelatah cmtu kot na. mungkin salah satu mak dia yakin anak dia sungguh2. lepas buat istikarah hati aku rasa sangat tenang , lapang. aku terima je sebarang keputusan family dia. sbb aku tk layak nak cakap apa2 mak dia terima atau tak sbb aku pernah sakit kanser kan. but dah 4 tahun aku bljr alhmdllh spnjg bljr ok je tkde kena warded ke apa.
so itulah cerita aku. sakitnya mengharap, menunggu jwpn yang tak pasti. So lepas ni aku akan sentiasa kena kuat semangat jgn down k. doakan i. aku coretkan dekat sini mungkin one day aku boleh baca balik tetiba aku dh lupa nyanyok . haha k lah bye
Comments
Post a Comment